Thursday, April 14, 2011

14 April 2011 (Khamis) - Janji calon Dun Samariang N07 (ZulRusdi Mohamad Hol)

Bertempat di Kg Semerah Padi, Samariang semalam, calon Dun Samariang, Sdr Zulrusdi Mohamad Hol telah berjaya memukau pengundi dan penduduk kampong tersebut yang hampir 1000 orang hadir mendengar ucapan berapi dari beliau. Sebelum itu, Nurul Izzah, puteri reformasi Keadilan telah menyentuh perasaan penduduk kampong tersebut dengan memberikan penerangan tentang periduka dan suka kesah ayahanda beliau yang telah sekian lama mengharungi fitnah dan tohmahan penguasa yang zalim. Yb Nurul izzah memrayu pengundi di kampong tersebutuntuk membuat tindakan berani dengan membuat satu perubahan terhadap pemerintahan berkala 30 tahun di negeri Sarawak pada pilihanraya kali ini.

Sdr Zulrusdi, anak tempatan Samariang dari Taman Hijrah disini telah memberikan beberapa harapan baru kepada seluruh hadirin kampong dengan menyatakan beberapa isu penting di kawasan Samariang; diantaranya adalah soal tanah adat dan tanah rakyat yang semakin dilupai oleh pemerintah To' Uban. Soal kebajikan anak muda yang senantiasa merintih dan soal pendidikan anak-anak penduduk tempatan yang dilupai, serta bantuan kepada usahawan muda dan warga emas turut menjadi perhatian calon Samariang muda ini.

Harapan beliau untuk terus menyediakan perkhidmatan kepada rakyat dan penduduk dan pengundi Samariang khasnya, melalui pembukaan pusat-pusat khidmat rakyat di peti-peti undi di kawasan dewan undangan negeri Samariang, akan dapat membantu beliau apabila beliau bergelar wakil rakyat kelak.

No comments:

Post a Comment