Sunday, February 19, 2012

RTC NAJIB DI GOPENG TAKDE SAMBUTAN...

Lenganggg,,tiada sambutan!! inilah kenyataan yang akan dikeluarkan oleh suratkhabar atau blog pencacai angkat najis UMporNO kalau gambar diatas ini ialah program Pakatan Rakyat.

Tapi gua nak bagi tahu gambar kat atas tu ialah kerja-kerja persiapan awal sambutan lawatan Haji Najib dan isteri tercintanya ke RTC Gopeng.



Hujan lebat dengan angin kencang menyambut kehadiran Pak Najib dan Rosmah ke RTC ( Rural Transformation Center ) menyebabakan para pengunjung bertaburan lari mencari perlindungan kerana angin bertiup kencang,memaksa program terhenti sebentar...... malah 2 kali lintar pintas akibat kilat termasuk ketika Najib baru bukan "SALAM".. terus trip sampai skirn besar dan 3 biji speaker tak berfungsi...... mungkin hujan rahmat... atau... Inilah Tentera Allah

 Jem Sejauh lebih 10 kilometer dari arah Ipoh maupun gopeng jalan yang sesak . Apa tidaknya lebih 100 biji bas disediakan dengan setiap agensi diwajibkan hantar sekirang-kurangnya 100 org termasuk bank gua... elok sahaja Najib habis berucap maka hujan pun berhenti... mungkin tak bagi orang ramai dengar apa yang Haji Najib nak tipu rakyat...

ribuan yang hadir sama ada terpaksa atau pun dipaksa...

Akhbar Indonesia Siar Kes Kereta Anwar Di Serang Penyokong UMNO


JAKARTA - Mobil mantan wakil Perdana Menteri Malaysia, Anwar Ibrahim, dirusak oleh orang tak dikenal. Kaca depan mobilnya pecah dilempar batu. Informasi mengenai perusakan mobil Anwar ini pertama kali diinformasikan oleh kader Partai Keadilan Rakyat, Najwan Halimi, di jejaring twitter. Partai Keadilan Rakyat merupakan partai oposisi pemerintahan saat ini, yang juga merupakan partai di mana Anwar Bernaung.

"Cermin kendaraan milik @anwaribrahim yang dirusakkan oleh sekelompok pemuda yang dipercayai barua UMNO," tutur Najwan Halimi melalui akun twitternya @najwanhalimi sembari mengunggah foto kenderaan yang kacanya pecah, Minggu (20/2/2012).

Dalam foto tersebut, terlihat mobil sedan berwarna perak yang kaca depannya pecah. Kaca tersebut memang tidak sampai lepas dari frame kaca depan, namun retakan yang ada membuat sekitar 40 persen kaca depan rusak.

Tak lama kemudian, Anwar membenarkan bahwa mobil yang dirusak tersebut adalah miliknya. Dan tidak ada satu pun kalimat sanggahan dari pria kelahiran 10 Agustus 1947 ini mengenai dugaan pelaku perusakan yang tertuju pada Massa United Malays National Organisation (UMNO). UMNO merupakan partai yang tengah berkuasa saat ini.

"Kereta saya dirusakkan," tulis Anwar.

Anwar dalam tweet-nya, menyebut Menteri Dalam Negeri Malaysia mengetahui insiden perusakan mobil ini. Anwar sendiri memastikan berada dalam kondisi yang baik-baik saja.

"Alhamdulillah. Im Oke. Ask the min of home affairs," tutur Anwar.

Lokasi perusakaan mobil masih belum diketahui.

Skandal NFC Adalah Kecil Banding Dengan Skandal RM20 Bilion Di Kementerian Pertahanan ?

oleh Zaid Ibrahim
Saya tahu ramai di antara anda teruja mengenai skandal lembu yang kini melanda Menteri Wanita, Keluarga & Masyarakat Pembangunan ‘Dato’ Sri Shahrizat Abdul Jalil. Tetapi skandal itu kecil berbanding dengan skandal yang sedang berlaku di Kementerian Pertahanan sekarang.
Empat bulan lalu, saya menulis tentang Menteri Pertahanan, Datuk Seri Zahid Hamidi and Co yang ingin membeli enam lagi Kapal Peronda Generasi Kedua atau SGPVs untuk Tentera Laut. Cerita ini telah diabaikan oleh orang ramai dan jadi saya kini menulisnya semula.
Sebahagian daripada anda masih ingat bahawa apabila Kerajaan telah membuat keputusan untuk menswastakan Lumut Naval Dockyard pada awal tahun 1990-an kepada seorang lelaki berambut putih, Tan Sri Amin Shah Omar, yang kemudian membekalkan enam buah kapal peronda kepada Tentera Laut Malaysia.
(mengikut Mohd Ariff Sabri Aziz (bekas Adun Umno) Amin Shah adalah jutawan yang mempunyai kaitan dengan bekas menteri kewangan, Daim Zainudin)
Ini menyebabkan pembayar cukai menanggung kos RM9 bilion: RM6 bilion bagi kapal-kapal peronda dan RM3 bilion untuk bayaran faedah bagi pembayaran lewat dan kerugian kadar pertukaran.
Amin Shah menempah kapal-kapal dari syarikat Jerman Blohm + Voss 9.  Selain daripada mendapatkan enam kapal peronda, Lumut Naval Dockyard (sekarang Boustead Naval Shipyard) juga membayar RM300 juta bagi reka bentuk (design)  mereka supaya kita dapat membina unit tambahan jika kita memerlukannya pada masa akan datang.
“Malaysia Boleh ..! “, itulah laungan dimasa itu, dan pegawai pertahanan kita tidak pernah gagal untuk mengagumi kata-kata hikmah,” Pemindahan teknologi “.
Sesudah 15 tahun kemudian, Menteri Pertahanan kita sekarang telah membuat keputusan untuk membeli enam buah lagi kapal peronda. Ia akan melibatkan kos lebih kali ini kerana ini adalah SGPV generasi kedua dengan reka bentuk baru yang akan dibina oleh syarikat lain, DCNS.
Mengapa kita tidak menggunakan reka bentuk (design) yang pernah kita membayar sejumlah RM300 juta kepada Jerman Blohm + Voss supaya kita bolih membina unit tambahan? Dan mengapa Zahid dan Boustead Naval Shipyard telah memutuskan untuk menukar pembekal asal kita kepada DCNS..
Apa yang saya boleh mengesahkan ialah DCNS adalah sebuah syarikat yang terkenal kerana DCNS adalahpembekal kapal selam Scorpene (di mana orang yang sama-sama kita kenal mendapat RM500 juta dalam ‘duit kopi ‘).
DCNS juga terlibat dalam skandal rasuah di Taiwan, di mana mereka telah didakwa oleh kerajaan Taiwan dalam sakndal sogokkan USD 1 billion!.
Jadi berapa banyakkah kos yang akan ditanggung pembayar cukai Malaysia? Kini, sistem pertempuran dan pengurusan kapal-kapal baru akan diputuskan oleh beberapa perunding asing dan bukan lagi oleh Tentera Laut Diraja Malaysia..
Tetapi ia bukan hanya wang yang saya risaukan. Perunding2 adalah dari syarikat2 di Singapura. Bukankah mereka orang2 asing dari negara jiran? Bagaimana jika mereka mencadangkan satu sistem yang kompromi keselamatan negara kita? Apakah jaminan kita bahawa perunding ini bukanlah mereka yang memusuhi kita?
Setiap kali kita persoalkan perolehan peralatan pertahanan, kerajaan kata ini adalah rahsia negara, kita diberitahu bahawa kepentingan negara tidak boleh didedahkan pada umum.
Kita boleh menjangkakan suatu pengumuman yang akan dibuat nanti yang akan berbunyi seperti ini: harga asas bagi kapal-kapal RM10 bilion manakala kontrak penyenggaraan, latihan dan bahagian-bahagian akan menelan belanja RM1 bilion setahun selama 10 tahun.
Ini bermakna Tabung Angkatan Tentera, yang menguasai Boustead Holdings, dan rakyat Malaysia biasa (yang akan mendapat BR1M RM500 tidak lama lagi) mesti bersedia untuk memikul beban kontrak pertahanan RM20 bilion bagi kapal yang kita sendiri tidak pasti akan keperluannya.
Melucukan dan tidak adil bagi sesetengah pemimpin UMNO untuk meminta Shahrizat meletak jawatan apabila mereka semua di dalam periuk yang sama. Buat masa ini, saya berharap Menteri Pertahanan atau Perdana Menteri boleh menjawab tiga soalan mudah:
Pertama, kita membeli enam kapal peronda dari DCNS dan berapa harga?
Kedua, kenapa perunding asing yang terlibat untuk mengesyorkan sistem pertempuran dan lain-lain komponen yang sensitif bagi kapal-kapal kita dan bukannya Tentera Laut Malaysia?
Dan ketiga, kenapa kita tidak mendapatkan tawaran2 yang kompetitif bagi projek ini? Saya berharap kita boleh mendapatkan beberapa jawapan tidak lama lagi, sebelum Pilihan Raya Umum.
-terjemahan

Bukti Anwar Ibrahim Sanggup Naik Motor Jumpa Rakyat D Pekan!


Sekatan polis yang cuba menghalang orang ramai ke Markas PAS di sini, Pahang malam semalam tadi, tidak menghalang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertemu rakyat.

Penuh kesungguhan, Ketua Umum KEADILAN itu meredah kesesakan lalu lintas dengan menaiki motosikal sejauh tiga kilometer untuk tiba di lokasi ceramah di Kampung Mengkasar di sini.

Asal jumpa rakyat, naik motosikal pun Anwar sanggup.

Mengikut jurugambar Keadilan Daily, Yuisriah Yusuf, Anwar membonceng motosikal seorang lelaki yang dalam perjalanan untuk mengikuti ceramah berkenaan.


“Ia menyebabkan ceramah bermula lewat. Anehnya, sebaik Datuk Seri (Anwar) tiba, polis tiba-tiba menghentikan sekatan,” katanya, menambah Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad yang turut menaiki motosikal atas sebab sama.

Sekatan polis dibuat berhampiran lokasi ceramah hingga menyebabkan kesesakan lalu lintas sejauh kira-kira lima kilometer. Kesesakan itu dikatakan berlarutan lebih sejam.

Mengikut Yuisriah, polis juga cuba menghentikan ceramah Anwar atas alasan melebihi waktu sedangkan Ketua Pembangkang itu lambat tiba di lokasi berikutan kesesakan akitan sekatan polis tetapi diteruskan selepas rundingan dibuat.

Pedulikan sekatan polis, rakyat mahu dengar ucapan Anwar


Sekalipun banyak sekatan polis dilakukan hingga menyebabkan sebahagian rakyat gagal tiba di lokasi ceramah, kira-kira 3,000 penduduk setempat sempat mengikuti amanat Anwar dan pimpinan lain.


Halangan sedemikian bukan sesuatu yang menghairankan kerana kawasan itu adalah kubu kuat Umno dan terletak dalam kawasan Parlimen Pekan disandang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Sabah Negeri Termiskin Di Malaysia, Bukan Kelantan!


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyidn Yasin sepatutnya merasa malu kerana Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia, kata Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad.

"Sabah di bawah Umno yang masih ketinggalan, nombor satu miskin dan diikuti oleh negeri Terengganu. Kedua-dua negeri ini Umno yang memerintah dan mempunyai minyak, tetapi rakyatnya makan taik minyak.

"Sedangkan Kelantan yang diperintah oleh PAS, menduduki nombor enam, kemajuannya jauh berbeza dengan negeri yang Umno perintah.

"Sepatutnya Tan Sri Muhyiddin kena merasa malu, kenapa Sabah yang kaya dengan hasil mahsul bumi, tetapi menjadi negeri termiskin di Malaysia?" soalnya dalam satu kenyataan media hari ini.

Idris juga membidas Muhyiddin yang membuat kenyataan bahawa “kalau harapkan PAS untuk membawa kemajuan seperti mengharapkan bulan jatuh ke riba.

Katanya, kenyataan timbalan presiden Umno itu bersifat emosi dan sebenarnya sebagai cubaan menutup janji Umno yang belum tertunai di pilihan raya kecil Manek Urai, yang lalu.



Seandainya benar seperti yang dilaporkan oleh Rontog Daily yang memetik berita dari Merdeka Review, sememangnya ia adalah sesuatu yang amat malang.

Penafian yang dibuat dalam bentuk enggan membenarkan penyiaran dokumentari tentang kedaifan serta kemiskinan di Sabah, akan hanya membuatkan rakyat yang sebenarnya hidup dalam alam realiti berbanding angka dan gelembong besar pemimpin, bertambah marah terhadap kerajaan sedia ada.

Walaupun sebahagian besar persepsi bahawa Sabah adalah negeri termiskin di Malaysia tidak benar, memandangkan kebanyakan masyarakat miskin di negeri tersebut merupakan golongan pendatang haram dari negara-negara jiran, namun sesuatu yang tidak dapat dinafikan ialah, prasarana di negeri tersebut masih terlalu jauh kalau dibandingkan dengan yang terdapat di Semenanjung.

Berbeza dengan negeri-negeri lain di Semenanjung, Sabah dan Sarawak adalah negeri berautonomi yang mempunyai corak pentadbiran yang berbeza sungguhpun kebanyakan peruntukan datangnya dari Putrajaya.

Kemiskinan masyarakat bukanlah sesuatu yang wajar disorok. Sebaliknya ia perlu didedahkan agar tindakan dapat diambil untuk mengatasi masalah.


Walaupun cuba dinafikan oleh pihak-pihak yang berkepentingan di Sabah, terdapat banyak kepincangan yang sehingga kini masih belum berjaya diatasi oleh kerajaan negeri. Bekalan air, elektrik, jalan raya, bahkan liputan telefon dan Internet juga merupakan sebahagian daripada kepincangan yang banyak menyusahkan orang luar yang datang ke Sabah.

Anehnya kebanyakan wakil-wakil rakyat Sabah, walaupun sepenggal kelihatan cukup kaya dan sangat kaya.

Alasan saiz Sabah yang lebih besar berbanding mana-mana negeri di Semenanjung sebenarnya tidak cukup kuat untuk banyak pihak mempersoalkan, ke mana hala peruntukan pembangunan digunakan di Sabah.

Setidak-tidaknya, Sabah sepanjang mengasaskan kewujudan Malaysia bersama-sama Sarawak dan Persekutuan Tanah Melayu, sudah pun mempunyai jajaran dan jalinan jalan raya yang baik.

Perjanjian Malaysia tidak memungkinkan Kerajaan Pusat turut campur tangan dalam urusan pembangunan Sabah, namun nampak gayanya perubahan itu perlu dibuat demi kesejahteraan penduduk serta rakyat Sabah.

Tiada gunanya rakyat Sabah memiliki ahli-ahli politik yang sangat bijak berpolitik tetapi pada masa yang sama, mereka masih kekal ketinggalan berbanding rakyat di negeri-negeri lain.

1Care: Hadiah Persaraan Lumayan Untuk Najib Dan Konco-konconya!


1Care sama seperti produk-produk lain yang membawa tag ‘1’ semestinya akan menjadi kontroversi. Bukanlah kontroversi yang berinovasi tetapi kontroversi kerana penipuan dan samar-samar. 

Ia sesuatu yang Perdana Menteri Najib Razak harus berhenti sejenak dan berfikir daripada terus membiarkan penasihat beliau memujuk untuk ia dilaksanakan.

1Care bukan setakat spekulasi 10% potongan cukai yang akan dimasukkan dalam dana kesihatan kebangsaan itu. Masalah dengan 1Care adalah lebih mendalam dan merunsingkan daripada membayar wang kepada perkhidmatan dan rawatan kesihatan yang tidak menyeluruh.

Tawaran lumayan untuk kerajaan, bukan rakyat

Objektif sebenar 1Care adalah untuk menjana situasi ‘berbaloi untuk wang dibelanjakan’ bagi pihak kerajaan bukan untuk rakyat.

1Care telah dengan efektifnya membenarkan kerajaan mengawal bajet yang disalurkan kepada Kementerian Kesihatan bagi tujuan penjagaan kesihatan. 

Mereka tidak mahu membebankan dana mereka jadi pentadbiran Najib telah membuat keputusan untuk membalingkan kosnya kepada rakyat, dengan tambahan bahawa mereka boleh mengawal dan membuat keputusan untuk kita, tentang siapa dan bila kita boleh mendapatkan rawatan kesihatan.

Timbalan Pengarah Kementerian Kesihatan untuk Pembiayaan Kesihatan Kebangsaan, Dr Rozita Halina berkata bahawa 1Care akan diwajibkan. Terus terang dikatakan, 1Care hanya akan dapat dilaksanakan jika ia adalah wajib. 

Jika tidak, tiada yang akan memilihnya. Memandangkan 1Care mahukan rakyat untuk menggunakan apa yang dimahukan oleh kerajaan, dan memandangkan kerajaan mengawal sepenuhnya, pasti ramai yang percaya Umno –BN akan mengaut keuntungan daripada skim ini.

Nepotisme dan pakej keluarga

Secara kebetulan, Dr Rozita Halina Hussein merupakan adik kepada Menteri Dalam Negeri, Hishammuddin Hussein Onn dan sepupu Perdana Menteri Najib Razak. Wah, nampaknya pakej famili! 

Jadi 1Care sudah pasti akan dilaksanakan! Walau apa jua kosnya.

Pengkritik daripada kedua-dua belah parti politik mengatakan bahawa bukan sahaja faedah yang dikaut melalui tawaran ini akan sangat luas dan tidak terkira besarnya, 1Care sebenarnya akan menyediakan kongcu Najib dan Hisham dengan pelan persaraan yang lumayan sekiranya mereka kehilangan kuasa selepas PRU 13 nanti ataupun semasa pemilihan Umno.

1Care dikatakan dimodelkan daripada National Health Service (NHS) iaitu perkhidmatan kesihatan kebangsaan UK yang telah dilaksanakan sejak tahun 1946 dan dikawal oleh kementerian kesihatan. NHS merupakan perkhidmatan percuma kepada semua penduduk UK, termasuk tentera yang berada di luar negara. 

Warganegara UK yang menetap diluar negara terpaksa membayar untuk perkhidmatan kesihatan tidak kiralah sekiranya mereka telah menyumbang kepada insurans kesihatan itu. Perkhidmatan itu dibiayai daripada pencukaian Insurans kebangsaan yang dibayar oleh pekerja daripada gaji mereka dan dibantu oleh caruman wajib majikan. 

Mereka yang bekerja sendiri haruslah membuat caruman sendiri. Menjadi tanggungjawab majikan untuk memotongnya daripada gaji pekerja. Tanggungan pekerja dan mereka yang tidak bekerja dikecualikan daripada mencarum.

Hospital swasta di UK dimiliki oleh syarikat persendiran. Terdapat banyak kes di mana pesakit persendirian ini dirawat di hospital NHS kerana hospital swasta kekurangan dari segi peralatan dan kepakaran. Dalam kes sebegini, pesakit persendirian ini akan diberi bilik sendiri dan dirawat terlebi dahulu daripada pesakit NHS. 

Akan tetapi, pesakit yang dikategorikan mengalamai kecemasan akan dirawat terlebih dahulu berbanding pesakit persendirian atau NHS.

Perbezaan besar antara 1Care dan sistem yang digunapakai di UK

Terdapat perbezaan yang besar antara 1Care dengan NHS UK. Melalui 1Care, anda dihantar kepada doktor yang anda tidak boleh pilih manakala dibawah NHS, pesakit boleh memilih untuk mendaftar dengan mana-mana doktor yang mereka mahu. 

Jika anda perlu berjumpa doktor, anda harus membuat temujanji atau sekiranya dalam keadaan kecemasan, anda boleh memanggilnya datang ke rumah, pembedahan boleh dibuat atas syor doktor atau anda boleh pergi menerima rawatan kecemasan di hospital terdekat.

Memandangkan NHS telah diimplimen sejak 1946, sistem itu telah matang dan doktor agak professional dalam melaksanakan tugas dan memastikan rakyat mendapat perkhidmatan yang terbaik. Untuk 1Care pula, ia adalah cerita yang berbeza. 

Tidak dapat dipastikan perkhidmatan yang bagaimana akan ditawarkan oleh doktor. Kementerian Kesihatan masih perlu membentangkan satu garis panduan yang komprehensif dan jelas mengenai apa jenis penyakit yang dibiayai 1Care.

Peluang untuk pesakit menerima rawatan terbaik untuk masalah kesihatan mereka bergantung kepada nasib. Sekiranya anda dapat doktor yang berpengalaman dan dilatih dengan baik, anda mungkin akan sihat selepas itu. 

Sekiranya anda dapat doktor yang tidak begitu bagus, anda mungkin akan menderita. Lihat gaya Malaysia sekarang, senario politik dan minat ahli politik serta syarikat-syarikat tertentu akan menentukan kualiti perkhidmatan yang diberikan.

Siapa yang akan menyelamatkan rakyat daripada doktor?

1Care juga bermaksud penjimatan kos, ini bermakna rakyat dijangka mendapat rawatan yang paling murah daripada caruman mereka. Ini mungkin bermaksud kualiti paling rendah, jauh lebih rendah daripada apa yang mereka boleh dapatkan dari pasaran. 

Memandangkan rakyat tidak boleh memilih dibawah skim 1Care, mereka semestinya akan mendapat perkhidmatan paling murah dan segalanya adalah atas nama menjimatkan kos.

Dan memandangkan juga kementerian Kesihatan Malaysia yang menentukan perkhidmatan dan doktor yang akan merawat pesakit, bolehkah ia bebas elemen perkauman dan agama apabila seseorang doktor itu mendapat pesakit yang ditugaskan untuknya?

Ini juga melangkaui isu kos untuk ubat-ubatan tetapi terus kepada peranan doktor untuk memastikan pesakit mendapat rawatan yang terbaik. Dengan doktor dibarisan pertama, terdapat kemungkinan keputusan tidak rasional dibuat. 

Di bawah 1Care, doktor akan menentukan jika anda perlukan rawatan lanjut. Siapa yang akan melindungi pesakit daripada doktor yang tidak cekap, lalai atan tidak mencapai standad sepatutnya apabila mereka ditugaskan oleh kerajaan untuk merawat?

Rawatan kesihatan adalah hak rakyat

Pentadbiran Najib harus ingat bahwa perkhidmatan kesihatan adalah sesuatu yang wajib untuk setiap warganegara. Ia bukan keistimewaan. Ia tidak harus ditentukan menurut iklim ekonomi pada waktu tertentu. 

Atau menjana keuntungan untuk pihak-pihak tertentu. Ia tidak harus dilihat sebagai produk yang mempunyai jenama. Yang sedihnya, inilah apa yang kita dapat lihat di Malaysia sekarang.

Apa masalahnya dengan sistem sedia ada yang telah digunapakai selama 50 tahun? Bukankah lebih baik untuk menghalusi apa yang sedia ada? Jadikan ia lebih effisyen dan mesra pengguna daripada ia dirombak dan diganti dengan yang baru.

Pengenalan 1Care menunjukkan bahawa terdapat masalah serius dalam bagaimana Malaysia menguruskan wang dan kepentingannya. 

1Care tidak perlu sekiranya bajet yang disalurkan kepada perkhidmatan kesihatan diurus dengan baik.

Perbelanjaan dalam rawatan kesihatan akan meningkat apabila populasi semakin membesar dan matang. Ini adalah sesuatu yang normal. 

Berbeza di Malaysia, terdapat kekurangan dalam perbelanjaan dalam bidang ini di mana kini rakyat harus berbelanja terlebih dahulu untuk perkhidmatan yang bakal merugikan mereka. 

Tidak hairanlah Menteri Kesihatan, Liow Tiong Lai yang berbohong mengenai pihak polis menggunakan gas pemedih mata di kawasan Hospital Tung Shin telah memilih untuk menyokong skim ini.

1Care tidak baik untuk Malaysia dan sekiranya kerajaan mendengar keluhan rakyat, rancangan ini haruslah dihapuskan atau berdepanlah dengan penolakkan daripada rakyat.

Saturday, February 18, 2012

Mengapa Muhyiddin Takut Suruhanjaya Diraja Siasat NFC??


Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada 27 Januari lalu mengeluarkan kenyataan bahawa langkah menubuhkan suruhanjaya diraja tidak perlu bagi menyiasat penyelewengan projek Fidlot Nasional (NFC).

Katanya, penjelasan Jabatan Audit negara serta siasatan Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malysia (SPRM) memadai.

Selain itu katanya kerajaan juga turut melantik firma perunding perakaunan bagi menjalankan proses penilaian bagi melihat status kewangan syarikat yang mengurus projek tersebut.

Kenyataan Muhyiddin tersebut ekoran gesaan Penasihat DAP, Lim Kit Siang supaya dilantik suruhanjaya diraja bagi menyiasat NFC.

Isu NFC secara tersuratnya melibatkan dua faktor utama. Pertamanya sebagimana dipapar di dada media berhubung penyelewengan dan salah urus oleh NFC melibatkan pinjaman dari dana rakyat bernilai RM250 juta.

Keduanya, berhubung tender terhad yang membolehkan projek tersebut diberikan kepada suami seorang menteri. Manakala Menteri Pertanian, Industri dan Asas Tani ketika tender tersebut diberikan kepada suami kepada Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul adalah Muhyiddin.

Dari sudut politiknya, isu penyelewengan dan salah urus oleh syarikat-syarikat yang diterajui oleh pemimpin-pemimpin Umno adalah perkara biasa berlaku. 

Tetapi isunya adalah dana rakyat yang sebegitu besar diberikan kepada syarikat yang tidak ada pengalaman langsung dalam industri ternakan lembu.

Maka disinilah letaknya kesalahan Muhyiddin. Persoalannya mengapakah Muhyiddin sanggup memperjudikan RM250 juta wang rakyat untuk diberikan kepada syarikat kroni yang tidak mempunyai pengalaman.

Suapan politik

Begitu juga persoalannya mengapa Muhyiddin memberikan projek tersebut kepada suami Shahrizat sedangkan terdapat enam syarikat yang terlibat dalam permohonan untuk projek tersebut.

Dari sudut persepsinya menggambarkan tindakan Muhyiddin tersebut merupakan 'suapan' politik terhadap Shahrizat bagi mendapatkan sokongan wanita terhadap beliau menentang Najib.

Apatah lagi ketika era Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri, Muhyiddin diletakkan sebagai 'check and ballence' untuk mengimbangi pengaruh Najib.

Shahrizat juga bersalah kerana sebagai seorang menteri yang hidup dalam gelombang politik tentunya menyedari risiko sekiranya orang ramai mengetahui projek tersebut diberikan kepada syarikat suami beliau.

Atau Shahrizat dijanjikan 'perlindungan' oleh Muhyiddin supaya rahsia projek tersebut tidak akan bocor kepengetahuan rakyat atau orang politik.

Ketika itu pula Muhyiddin adalah orang Abdullah. Maka jaminan perlindungan tersebut menjadikan Shahrizat mempunyai keyakinan bahawa 'rahsia' tersebut tidak akan bocor.

Bagi Muhyiddin pula, sokongan dari wanita Umno amat diperlukan setelah merasa selamat dan selesa dengan kedudukan Pemuda Umno yang diterajui menantu Abdullah, Khairy Jamaluddin.

Kambing hitam

Paling lucu dan memualkan apabila entah dari mana datangnya angin, tiba-tiba seorang ahli perniagaan Shamsubahrin Ismail ditangkap dan dijadikan kambing hitam.

Beliau didakwa dengan dua pertuduhan menipu Pengerusi Perbadanan Fidlot kebangsaan, Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail iaitu suami Shahrizat sebanyak RM1.755 juta.

Tidak sampai 45 minit didakwa di mahkamah Klang berhubung NFC Shamsubahrin juga didakwa atas pertuduhan menipu seorang majistret.

Demikianlah bagaimana 'licik' polis serta 'auta' pemimpin-pemimpin Umno-BN dalam menutup penyelewengan NFC.

Fakta asas untuk pelajar yang akan memasuki sekolah menengah pun tahu 'makhluk' pertama yang harus disiasat atau diadili adalah mereka yang bertanggungjawab mengurus tadbir NFC iaitu suami dan anak-anak Shahrizat.

Bukan mencari kambing hitam sebagaimana kes pembunuhan warga Monggolia, Altantuya Shariibuu dulu. Malah sehingga ke saat ini misteri pembunuhan tersebut tidak diketahui walaupun pembicaraan dijalankan bertahun-tahun.

Muhyiddin punca kemelut NFC

Muhyiddin juga tahu sekiranya siatan diraja dijalankan maka orang pertama yang akan disiasat adalah beliau selaku Menteri yang meluluskan pemberian projek kepada suami Shahrizat.

Fakta pertama yang akan dipersoalkan oleh jawatankuasa siasatan tersebut adalah bagaimana beliau memberikan projek RM250 juta tersebut kepada suami seorang menteri kabinet yang tidak berpengalaman.

Penjelasan Muhyiddin kepada jawatankuasa siasatan tersebut akan menyerlahkan lagi betapa amalan kronisme berleluasa berlaku dalam pentadbiran Umno-BN.

Namun lebih membimbangkan Muhyiddin adalah terbongkarnya agenda sulit beliau dan Shahrizat menumbangkan bosnya sekarang, Najib Razak.

Najib juga menyedari Muhyiddin bersama team beliau mengintai pelbagai sudut untuk menyingkirkan beliau. Namun kesahihan belum dapat dibuktikan. Lantaran itu Najib tidak mahu mengadakan pemilihan dalam Perhimpunan Agung Tahunan Umno selama tiga tahun berturut-turut.

Muhyiddin juga sedar, Najib juga telah berjaya menghidu kelibat beliau bersama teamnya.

Memang agak menghairankan mengapa selepas lebih tiga tahun projek Fidlot yang merupakan salah satu dari pelbagai projek lagi didedahkan oleh Ketua Audit negara. Sedangkan progres projek-projek yang diberkan kerajaan kepada 'kroni-kroni' lain tidak didedahkan.

Apakah pendedahan penyelewengan NFC mempunyai kaitan dengan arahan dari Najib untuk menyingkirkan Muhyiddin?.

Berdasarkan fakta asas, sesiapa sahaja termasuk orang-orang Umno akan melihat punca kepada masalah NFC bermula dari 'anugerah' projek oleh Muhyiddin kepada suami kepada Ketua Wanita Umno.

Pendedahan demi pendedahan berhubung penyelewengan tersebut telah meletakkan Umno berada dalam keadaan paling tertekan. Sehingga Umno disamakan dengan lembu.

Saat menghadapi PRU13 turut meningkatkan darjah kemarahan ahli-ahli dan pemimpin Umno kepada Shahrizat dan Muhyiddin.

Lalu usaha menolak untuk diadakan siasatan diraja dilihat Muhyiddin sebagai jalan paling selamat untuk menutup agenda tersembunyi beliau.